Home Buletin Semasa PEMANDU LORI DIDENDA RM5,000 PINDAH 100 KAMBING

PEMANDU LORI DIDENDA RM5,000 PINDAH 100 KAMBING

175
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini apabila bertindak memindahkan 100 kambing bernilai RM35,070 tanpa kebenaran.

Keputusan itu dibuat Majistret Norina Maludin selepas tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan 100 kambing itu dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.

Foto NSTP

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 100 kambing hidup menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada PengarahPerkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar yang diberi kuasa olehnya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan, Jalan Kemajuan, Bandar Baru, Kuala Terengganu, jam 8.50 malam pada 27 September 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang mana diwartakan di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here