Home Luar Negara 18 DISYAKI MAUT DALAM LETUPAN KILANG DI AS

18 DISYAKI MAUT DALAM LETUPAN KILANG DI AS

216
0

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 18 orang disyaki maut selepas selepas berlaku letupan besar di sebuah kilang bahan letupan di Tennessee.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Syerif Daerah Humphreys, Chris Davis, berkata dalam sidang media beliau merujuk kepada laporan 18 orang hilang sejak letupan berlaku pada Jumaat di Bandar Bucksnort.

“Kita boleh menganggap mereka telah meninggal dunia pada ketika ini. Ujian DNA akan digunakan untuk mengenal pasti mayat mangsa. Namun kita perlu mengambil masa kerana keadaan di lokasi itu.

“Adakah kita boleh menolak kemungkinan jenayah? Kita belum dapat jawab sekarang. Mungkin perlu beberapa hari, minggu atau bulan untuk mengetahuinya,” katanya.

Beliau berkata, kakitangan daripada beberapa agensi persekutuan, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut dihantar ke lokasi letupan untuk membantu siasatan.

Kilang yang dimiliki oleh Accurate Energetic Systems itu menghasilkan pelbagai komposisi bahan letupan berkuasa tinggi dan produk khusus untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) serta pasaran industri domestik.

Menurut laporan media, letupan itu menggegarkan rumah-rumah beberapa batu jauhnya dan menerbangkan serpihan ke udara.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkenaan menyifatkan letupan itu sebagai kemalangan tragik. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here