Home Sukan RONALDO PALING TAKUT JADI BOTAK

RONALDO PALING TAKUT JADI BOTAK

RIYADH: Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo, mengakui satu-satunya perkara yang benar-benar ditakutinya ketika berada di kemuncak kesihatan dan kekayaan ialah — menjadi botak.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pemain berusia 40 tahun itu mendedahkan perkara berkenaan ketika merasmikan pembukaan cawangan baharu klinik kesihatan jenama Inspire miliknya di Riyadh, yang memberi tumpuan kepada rawatan rambut dan kesejahteraan lelaki di Arab Saudi.

“Kalau kamu lihat saya tanpa rambut, saya bukan orang yang sama. Lebih baik lakukan sesuatu sementara masih ada rambut. Dengan rambut, saya rasa penampilan lebih baik. Itu pendapat saya,” kata Ronaldo kepada Loud FM sambil ketawa. “

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu menambah, ramai lelaki kini semakin terbuka terhadap rawatan rambut dan tidak lagi menganggapnya tabu.

“Dulu orang rasa malu ke klinik rambut, tapi sekarang dah berubah. Sama seperti pergi ke doktor gigi untuk pemeriksaan biasa. Keyakinan diri datang dari dalam, tapi nampak baik di luar juga penting,” katanya.

Ronaldo menjelaskan bahawa pembukaan klinik ini adalah sebahagian daripada usaha besarnya untuk memperkasa sektor kesihatan dan kemampanan diri, selain membantu lelaki “menjadi lebih yakin dengan penampilan mereka”.

Menariknya, pendedahan itu hadir seiring laporan kewangan terkini yang mengesahkan Ronaldo kini pemain bola sepak pertama dalam sejarah bergelar bilionair, dengan kekayaan dianggarkan mencecah 1.04 bilion pound (RM6.58 bilion).

Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan luar biasa itu melonjak hasil pendapatan besar daripada kontrak bersama Al-Nassr yang bernilai sekitar 167.9 juta pound setahun (RM1.06 bilion), bersamaan hampir 300 pound seminit (RM1,900).

Selain itu, beliau memiliki perjanjian seumur hidup dengan Nike bernilai 745 juta pound (RM4.71 bilion) serta kerjasama dengan jenama mewah seperti Louis Vuitton, Tag Heuer, Armani, dan Samsung.

Ronaldo kini juga sedang membina kompleks kediaman mewah bernilai 28 juta pound (RM177 juta) di tanah airnya, Portugal — melambangkan statusnya bukan sahaja sebagai legenda bola sepak, tetapi juga ikon perniagaan global. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here