Home Buletin Semasa GATEH LEBARAN 2023 PENUTUP SYAWAL

GATEH LEBARAN 2023 PENUTUP SYAWAL

119
0

KOTA BHARU: Sebagai penutup syawal 1444 hijrah, program kesihatan anjuran I medikel iaitu Program Gateh Lebaran 2023 mendapat sambutan cukup meriah daripada semua peserta.

Program julung kali diadakan ini bukan sahaja mendapat tarikan daripada peserta dari kelantan malah ada juga dari luar kelantan.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantanfm, Wan Azhan Wan Hamat, berkata pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dalam program yang dianjurkan I medikel.

“Kita dah bincang dengan presiden insyaallah ada kolaborasi menang-menang antara kelantanfm dan i medikel dan program ini adalah satu program yang berjaya insyaallah akan diteruskan meriah.

“Saya percaya program ini dapat ditingkatkan penyertaannya di masa akan datang sebab kita dah letak benchmark yang baik. Insyaallah di masa akan datang dan saya rasa lebih kerana hadiah-hadiah yang disediakan, pengisian sepanjang program ini cukup lumayan.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Gateh Lebaran 2023, di perkarangan AEON Mall, Kota Bharu, jumaat baru-baru ini.

Dalam program itu, tarikan utama adalah cabutan bertuah iaitu dua motosikal.

Hadiah utama pertama dimenangi oleh  Iwan dari Pasir Tumbuh yang membawa pulang sebuah motosikal karisma dan hadiah utama kedua dimenangi Halimi dari Padang Salim yang membawa pulang sebuah motosikal modenas.

Program anjuran I medikel tersebut adalah dengan kerjasama AEON Mall Kota Bharu dan Group Gateh Amal, (GGA) membabitkan seramai 500 peserta.

Program gilang gemilang i medikel ini juga mendapat tajaan daripada beberapa organisasi termasuk Jameela Chanteq, Nadi Ayam, SEE, KIAS, Luvanees Beauty, Awra Rich, AzymaCare, Acson, WDR Printing, Ikhtiar Resource dan Ridzwan Hafizu dan Development Holdings Berhad.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here