Home Buletin Semasa 105 PELAJAR KELANTAN LANJUT PENGAJIAN DI TIMUR TENGAH TERIMA SUMBANGAN

105 PELAJAR KELANTAN LANJUT PENGAJIAN DI TIMUR TENGAH TERIMA SUMBANGAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai 105 pelajar Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian ke Timur Tengah diraikan dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam perkongsian di Facebook menasihatkan mereka menuntut ilmu dengan ikhlas, menjaga akhlak sepanjang berada di luar negara serta menjadikan ilmu sebagai medan untuk berbakti kepada masyarakat.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar. Pesanan saya kepada mereka agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu, menjadikan pengajian sebagai medan untuk mengikis sifat jahil, memperkukuh kefahaman dengan membantu mengajar orang lain, serta menjaga akhlak sepanjang berada di perantauan,”katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berharap pelajar terbabit akan kembali menyumbang khidmat dan kepakaran kepada negeri Kelantan selepas tamat pengajian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here