Home Buletin Semasa REMAJA 17 TAHUN DIBAWA ARUS DERAS, DITEMUI LEMAS

REMAJA 17 TAHUN DIBAWA ARUS DERAS, DITEMUI LEMAS

148
0

BENTONG:Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi Di D’kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, dekat sini, ditemui pada jam 9.35 malam tadi.

Mayat Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, 17, ditemui Skuad Pasukan Penyelamat di air (PPDA) pada kedalaman tiga meter di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dekat sini ke kawasan itu bersama tiga rakannya, pada jam 5.10 petang semalam.

Katanya, Pegawai Operasi, Badrul Hisham Saari melaporkan sebelum kejadian, mangsa bersama tiga rakannya ke kawasan kejadian untuk mandi-manda.

Menurut laporan berita harian, mangsa tidak semena-mena dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus deras.

Zulfadli berkata, pasukan PPDA turut membantu menaikkan mangsa kerana air terlalu deras.

Beliau berkata demikian kepada media.

Katanya, sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here