Home Sukan CHELSEA FOKUS LOPEZ, GARNACHO PILIHAN KEDUA

CHELSEA FOKUS LOPEZ, GARNACHO PILIHAN KEDUA

254
0

LONDON: Perpindahan Alejandro Garnacho ke Chelsea dilaporkan berdepan risiko gagal direalisasikan.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, Chelsea, yang berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini, berminat mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester United berusia 21 tahun itu yang mahu meninggalkan Old Trafford selepas berselisih faham dengan pengendalinya, Ruben Amorim.

Namun, hasrat itu boleh tergendala kerana Chelsea kini sedang mempertimbangkan bidaan untuk pemain tengah Barcelona, Fermin Lopez.

Menurut laporan The Athletic, The Blues “sedang menilai” langkah mendapatkan pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu, walaupun rundingan rasmi dengan Barcelona belum bermula.

Sebaliknya, pemenang Liga Konferens Eropah musim lalu itu dikatakan sudah membuka rundingan bersama wakil Lopez mengenai kemungkinan perpindahan ke Stamford Bridge.

Lopez kini berdepan masa depan yang tidak menentu di Nou Camp berikutan persaingan sengit dalam skuad penuh berbintang Barca.

Musim lalu, dia perlu bersaing dengan nama besar seperti Lamine Yamal, Raphinha, Pedri, Dani Olmo dan Gavi untuk menembusi kesebelasan utama.

Situasi Lopez bertambah sukar selepas Barcelona membawa masuk Marcus Rashford secara pinjaman baru-baru ini, sekali gus meningkatkan lagi perebutan tempat utama. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here