Home Luar Negara PENYOKONG BARCA BERPESTA

PENYOKONG BARCA BERPESTA

170
0

BARCELONA: Pemain Barcelona daripada pasukan lelaki dan wanita mengetuai sambutan bersama ribuan penyokong di sekitar jalanan pada petang semalam bagi meraikan gelaran liga dimenangi mereka.

Skuad kendalian Xavi Hernandez menewaskan Espanyol kelmarin untuk menang gelaran ke-27 kelab itu sejak 2019, manakala skuad wanita meraikan kejayaan keempat berturut-turut Liga F pada penghujung April.

Pemain dibawa dengan dua bas terbuka, dari Camp Nou ke Arc de Triomf dekat tengah bandar kira-kira 8 kilometer jauhnya ketika penyokong berbaris di tepi jalan walaupun hujan.

Pertahanan, Ronald Araujo melilit badannya dengan bendera Uruguay manakala penjaring terbanyak La Liga, Robert Lewandowski, memakai kaca mata dan skaf Barcelona sambil melambai kepada penyokong.

Jurulatih, Xavi yang namanya sentiasa menjadi sebutan, membaling tin air minuman yang menggembirakan penyokong.

Pemain daripada kedua-dua pasukan memakai baju tertulis “liga milik kita, masa depan juga.”

Penyokong semakin bertambah ketika bas menghampiri dataran utama, Plaza Catalunya dan kemudian terus ke Arc.

“Anda boleh melihat penyokong sangat teruja, begitu juga kami,” kata penjaga gol, Marc-Andre Ter Stegen kepada televisyen kelab.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here