Home Sukan KANE, DIAZ BANTU BAYERN JULANG PIALA SUPER JERMAN

KANE, DIAZ BANTU BAYERN JULANG PIALA SUPER JERMAN

STUTTGART: Bayern Munich menjulang Piala Super Jerman selepas menundukkan VfB Stuttgart 2-1 hasil jaringan Harry Kane dan pemain baharu, Luis Diaz.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, juara Bundesliga itu mempamerkan aksi lebih tajam sepanjang perlawanan, dengan penjaga gol veteran dan pemain terbaik perlawanan, Manuel Neuer menjadi benteng kebal hanya beberapa hari sebelum musim liga bermula.

“Saya fikir tentang pasukan dan bagaimana bermain sebaik mungkin untuk meraih kejayaan. Kami melakukannya dengan baik hari ini.

“Seronok dinobatkan sebagai pemain terbaik, tetapi ia sentiasa tentang pasukan. Kami menang semua perlawanan pramusim dan mahu membawa momentum ini ke Bundesliga minggu depan,” kata Neuer.

Dengan tumpuan terarah kepada penyerang Stuttgart, Nick Woltemade, yang sedang diintai Bayern, Kane – penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu – memanfaatkan kesilapan pertahanan Luca Jaquez untuk membuka jaringan pada minit ke-18.

Stuttgart, selaku juara Piala Jerman, segera mencari gol penyamaan dan hampir berjaya melakukannya menerusi Woltemade, namun rembatan jarak dekatnya dinafikan Neuer.

Penjaga gol berusia 39 tahun itu sekali lagi menjadi penyelamat pada minit ke-75, sebelum Diaz menambah jaringan pada minit ke-77 dengan tandukan kemas hasil hantaran Serge Gnabry.

Tuan rumah sempat meraih gol saguhati pada masa kecederaan menerusi tandukan jarak dekat Jamie Leweling, tetapi ia sudah terlambat untuk menghalang Bayern daripada menjulang trofi pertama musim ini. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here