Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Ibu Pejabat Bridged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira 5,000kilogram (kg) beras seludup di tepi jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat, pada awal pagi Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam kenyataan semalam memaklumkan rampasan itu dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi menerusi Op Taring Bravo 4.
“Pihak PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan beras apabila menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 5,000kg beras putih bernilai anggaran RM20, 000 ditemui dibelakang lori dan disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan,”katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau dua lelaki tempatan dipercayai pemandu dan kelindan lori masing-masing berumur 25 dan 51 tahun turut ditahan dipercayai menjadi penghantar beras tersebut ke pasaran tempatan.
“Hasil rampasan diserahkan ke Kawasan Sempadan Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994,”katanya.
IMedikel TV






