Home Buletin Semasa JPNIN TURUN PADANG SOKONG PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

JPNIN TURUN PADANG SOKONG PROGRAM SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melaksanakan Program Satelit Madani 2025 bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan, mempertingkat kesejahteraan komuniti dan memperkasa nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian masyarakat.

Ketua Pengarah JPNIN, Zulkifli Hashim, berkata program tersebut adalah antara pendekatan pihaknya kepada masyarakat di negeri ini.

“Oleh kerana kita dalam bulan kemerdekaan, sudah pasti saya akan menyokong program-program yang akan menyuburkan semangat kemerdekaan dan kebangsaan.

“InsyaAllah kita akan mengadakan Program Satelit Madani di Kelantan pada minggu hadapan.

“Program yang lebih kurang sama seperti Program Madani Rakyat (PMR) namun berskala lebih kecil.

“Ini antara pendekatan Jabatan Perpaduan Negara untuk menunjukkan kepada rakyat Kelantan antara inisiatif yang diambil Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara,”katanya.

Menurut beliau bulan ini adalah antara bulan yang sibuk, namun beliau akan turun padang bagi memberi sokongan kepada program yang dijalankan.

“Bulan ini adalah bulan yang sibuk, di mana kita akan menyemarakkan kemerdekaan.

“Jadi saya sendiri akan turun padang di Kelantan dan negeri lain untuk memberi sokongan demi perpaduan rakyat Malaysia,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here