Home Buletin Semasa MOSTI, JBS KELANTAN ANJUR MARAK FUN RUN SEMARAKKAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025

MOSTI, JBS KELANTAN ANJUR MARAK FUN RUN SEMARAKKAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025

287
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menganjurkan program Marak Fun Run sempena Program Madani Rakyat 2025 Peringkat Negeri Kelantan dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat di Perkarangan Stadium Muhammad IV, di sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancangan Strategik MOSTI, Datin Seri Norfaliza Ismail, program larian ini bukan sahaja menarik penyertaan rakyat Kelantan, malah turut membabitkan atlet Para Sukan Malaysia (Para SUKMA), golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta peserta daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya.

“Seawal jam 5.30 pagi, orang ramai sudah hadir untuk mendaftar sebagai peserta program Marak Fun Run.

“Kehadiran pengurusan tertinggi MOSTI pada program ini juga membuktikan komitmen padu pihak kementerian bersama rakyat Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Sabtu

Beliau berkata, terdapat pelbagai kategori cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan khas untuk peserta yang menyertai larian tersebut.

Terdahulu, pelepasan MaRak Fun Run disempurnakan oleh Menteri MOSTI Chang Lih Kang, Timbalan Menteri MOSTI Datuk Mohammad Yusof Apdal, serta Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here