Home Buletin Semasa SIASATAN KES ZARA QAIRINA TELUS, TIADA TOLAK ANSUR – PM

SIASATAN KES ZARA QAIRINA TELUS, TIADA TOLAK ANSUR – PM

531
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: ”Jangan membina istana di atas pusara,” itu ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kematian pelajar sekolah Tingkatan Satu, di Papar, Sabah, Zara Qairina Mahathir, 13.

Katanya kes itu tidak boleh dipandang ringan memandangkan terdapat banyak spekulasi timbul sejak kematian arwah Zara.

”Anak kita Zara di Sabah meninggal dunia, ada yang beranggapan arwah Zara jatuh, ditolak dan juga buli.

”Kita tidak memandang ringan kes tersebut. Kita juga tidak mahu ini dijadikan sebagai bahan politik,”katanya ketika berucap di Program Rancakkan Madani Kelantan dan Peluncuran Program Aku Kasih Malaysia di Dewan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau menjelaskan meskipun ada yang mengaitkan kematian arwah Zara itu dengan orang kenamaan, siasatan tetap dijalankan secara telus.

“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli,” katanya.

Tambahnya beliau sendiri sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan dilaksanakan seadilnya.

”Apakah ada kesilapan? Kalau ada ambil tindakan. Ini adalah satu kematian, tidak kisah anak orang miskin, anak orang kaya, kalau mati kita ambil tahu.

”Biar siasatan dijalankan secara telus. Ini kerajaan Madani, tidak akan melindungi pembunuh atau sesiapa pun,”katanya.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur Zara Qairina yang didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

IMedikel TV                                              

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here