Home Hiburan PEGUAM SHILA AMZAH SEDIA TAMPILKAN BUKTI, JAWAB LOD AMY SEARCH

PEGUAM SHILA AMZAH SEDIA TAMPILKAN BUKTI, JAWAB LOD AMY SEARCH

207
0

KUALA LUMPUR: Peguam kepada penyanyi Shila Amzah kini dalam proses untuk mendapatkan keterangan anak guamnya berserta bukti-bukti berkenaan untuk menjawab notis tuntutan (LOD) daripada Datuk Amy Search.

Memetik laporan Harian Metro, peguamnya, Nini Adila Wan Omar dari Tetuan Naim, Adib & Jailani dihubungi berkata dia yang dilantik Shila untuk kendalikan kes berkenaan sudah maklum mengenai LOD itu dan perlukan masa untuk meneliti dokumen diterima.

“Dalam proses perundangan, bila kita terima apa-apa dokumen, ia sebenarnya prosedur yang normal bagi pihak yang dapat dokumen itu diberi masa untuk teliti, dapatkan nasihat peguam dan sebagainya.

“Sebab kita semua berhak untuk dapat nasihat peguam, melantik peguam bagi mewakili kita dalam semua kes membabitkan perundangan. Jadi apa yang berlaku sekarang ini, pihak Shila sudah melantik saya dan kita dalam proses untuk dapatkan keterangan daripada anak guam saya.

“Termasuk juga bukti-bukti yang berkenaan untuk saya balas, jawab pada LOD daripada pihak Datuk Amy,” katanya kepada Harian Metro dan memaklumkan ada banyak perkara perlu dipertimbangkan.

Jelas Nini Adila, buat masa ini dia juga tidak boleh memperincikan berapa lama masa diperlukan oleh pihaknya, namun apa yang sangat pasti kini dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada Shila.

“Kita memang akan balas LOD yang diterima itu. Cuma bila, saya tidak dapat perincikan. Jadi, apa-apa pun saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Ditanya juga mengenai permintaan daripada Amy terhadap Shila dalam LOD itu, Nini Adila berkata dia bagaimanapun tidak boleh mendedahkan butiran berkenaan kerana peribadi dan sulit.

Sementara itu, pengurus Shila iaitu Aini berkata dia mewakili penyanyi lagu Patah Seribu itu memohon maaf kerana Shila tidak dapat menjawab sebarang temubual daripada media.

“Terima kasih sebab bertanya, tapi saya sebagai wakil Shila minta maaf sangat-sangat. Buat masa sekarang Shila tidak menjawab sebarang ‘interview’ media.

“Kami sudah ‘hire lawyer’ untuk mewakili Shila. Jika memerlukan sebarang ‘statement’ (kenyataan) boleh hubungi lawyer kami sahaja,” katanya dalam kiriman mesej di WhatsApp.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi rock ‘otai’, Amy Search sudah menghantar LOD kepada Shila dan perkara itu disahkan peguam mewakilinya, Datuk M Reza Hassan.

Reza juga menjelaskan, peguam Shila sudah maklum mengenai LOD itu dan turut meminta waktu bagi tindakan lanjut.

Sebelum itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, membuat laporan polis selepas mendakwa seorang penyanyi legenda menyerangnya di sebuah acara persembahan disertai mereka.

Pada 10 Julai lalu, Shila membuat laporan polis dan mengesahkan Amy yang juga bapa kepada pelakon, Nabila Huda adalah individu dimaksudkan.

Susulan itu, polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Berdasarkan siasatan awal, punca ketegangan itu disebabkan Amy tidak berpuas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here