Home Sukan TIADA PERSEFAHAMAN PUNCA KEDAH FA BUNTU GOL

TIADA PERSEFAHAMAN PUNCA KEDAH FA BUNTU GOL

KANGAR: Memetik laporan menerusi Berita Harian kekurangan persefahaman dan keserasian antara pemain menjadi punca Kedah FA gagal memanfaatkan deretan peluang sekalipun berdepan Perlis Guar Syed Alwi (GSA) yang beraksi 10 pemain pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini malam tadi.

Jurulatih Kedah FA, Victor Andrag berkata, beliau gembira apabila anak buahnya dapat membawa pulang satu mata selepas seri 0-0 di Kangar tetapi sedar banyak perlu diperbaiki bagi mengharungi aksi berikutnya.

“Kami hanya mempunyai jangka masa yang singkat dalam menyiapkan pasukan dan anda boleh lihat betapa keserasian antara pemain masih kurang jadi masalah ini akan kami perbaiki hari demi hari menjelang perlawanan seterusnya.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan anak buah saya kerana kami banyak mencipta peluang tetapi sayangnya gagal menyempurnakan peluang itu.

“Malah, pemain import kami juga beraksi dengan baik namun seperti saya katakan persefahaman antara pemain perlu digarap dan diperbaiki selepas ini supaya permainan kami boleh lebih teratur,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Perlis GSA akan bertandang ke Stadium Hang Tuah, Melaka untuk menentang Machan FC pada 8 Ogos manakala Kedah FA pula akan bertemu Perak FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada 9 Ogos. – BHO nline –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here