Home Buletin Semasa CUBAAN SELEWENG PETROL TUMPAS

CUBAAN SELEWENG PETROL TUMPAS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeleweng petrol bersubsidi bernilai lebih RM4,000 dalam Ops Tiris yang dilaksanakan di Bukit Bunga, di sini pada Sabtu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, sepasukan penguat kuasa mengesan sebuah Proton Waja dalam keadaan mencurigakan berhampiran Kompleks ICQS Bukit Bunga sebelum pemandunya melarikan diri.

“Pemeriksaan menemukan tangki tambahan berisi 200 liter petrol bernilai RM410 dan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM4,000,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua barang rampasan dibawa ke pejabat KPDN Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here