Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
MACHANG: Sebuah van musnah hampir 70 peratus dalam kejadian kebakaran di hadapan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 8.40 pagi sebelum sebuah jentera FRT dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah van jenis Nissan Vanette, Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.51 pagi dan dipadam sepenuhnya dua minit kemudian menggunakan satu aliran hos reel daripada tangki jentera dengan sumber air pili bomba.
Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Azwan Daud sebelum tamat sepenuhnya pada jam 8.53 pagi.
IMedikel TV






