Home Luar Negara BUDAK PEREMPUAN REMPUH RUMAH SELEPAS DIBENARKAN MEMANDU KERETA BAPANYA

BUDAK PEREMPUAN REMPUH RUMAH SELEPAS DIBENARKAN MEMANDU KERETA BAPANYA

201
0

THE HAGUE: Seorang lelaki warga Belanda tersilap langkah apabila membenarkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun memandu keretanya menyebabkan merempuh sebuah rumah selepas tersilap menekan pedal minyak.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian bagaimanapun, kemalangan di Hengelo, timur Belanda, tidak mencederakan sesiapa termasuk kanak-kanak perempuan itu serta penghuni rumah.

Media Tubantia turut menyiarkan video sebuah kereta yang merempuh pintu kaca dan dinding sebuah rumah, yang menurut laporan itu mengalami ‘kerosakan teruk.

Ibu kanak-kanak itu serta seorang bayi turut berada di tempat duduk belakang ketika kejadian, namun kedua-duanya juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bapa gadis itu mengesahkan kepada Tubantia, anak perempuannya berada di tempat pemandu semasa kemalangan berlaku.

Menurut laporan itu, kanak-kanak itu meminta kebenaran bapanya untuk memandu dalam jarak yang dekat tetapi sampai di satu selekoh, si bapa menyuruhnya membrek, tetapi dia tersilap menekan pedal minyak, menyebabkan kereta itu meluru dan merempuh masuk ke dalam rumah. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here