Home Buletin Semasa PM ANWAR AKAN UMUM ESOK ATAU LUSA PENGHARGAAN LUAR BIASA KEPADA RAKYAT

PM ANWAR AKAN UMUM ESOK ATAU LUSA PENGHARGAAN LUAR BIASA KEPADA RAKYAT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat satu pengumuman luar biasa kepada rakyat dalam tempoh terdekat, sama ada pada esok atau Rabu ini.

Menurut Anwar, beliau memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman tersebut bagi meneliti pelbagai pandangan dan keluhan yang disuarakan semasa sesi Pemukiman Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan MADANI yang berlangsung di Port Dickson, semalam.

“Saya nak tekankan bahawa pemukiman itu telah menjelaskan dasar-dasar kerajaan. Namun, dalam masa yang sama, kita turut mendengar pandangan dan keresahan rakyat yang disampaikan oleh para pemimpin,” katanya hari ini.

Jelas beliau, perkara itu telah mendorongnya untuk meneliti semula beberapa pendekatan kerajaan dalam usaha meredakan tuntutan rakyat.

“Saya katakan dalam satu dua hari ini saya terpaksa umumkan sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya. Beri saya sedikit masa lagi,” tambah beliau.

Pengumuman yang bakal dibuat itu dijangka membawa implikasi penting terhadap dasar atau pendekatan semasa kerajaan, khususnya dalam menangani isu-isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here