Home Sukan KEJOHANAN DUNIA ACARA 10KM RENANG TERBUKA DITANGGUHKAN

KEJOHANAN DUNIA ACARA 10KM RENANG TERBUKA DITANGGUHKAN

SINGAPURA: Acara renang terbuka 10km wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura ditangguhkan semalam susulan kualiti air yang kurang memuaskan di perairan sekitar Sentosa.

Menurut kenyataan rasmi World Aquatics, acara pembukaan yang dijadualkan hari ini terpaksa diubah ke hari Rabu selepas ujian terkini menunjukkan bacaan melebihi had yang dibenarkan.

“Walaupun ujian dalam beberapa hari sebelum ini menunjukkan kualiti air di venue masih dalam paras yang boleh diterima, analisis sampel bertarikh 13 Julai menunjukkan bacaan melebihi tahap yang ditetapkan,” kata badan induk dunia itu.

“Keputusan untuk menangguhkan perlumbaan dibuat demi menjaga kesihatan dan keselamatan atlet.”

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, dengan penjadualan semula itu, acara 10km lelaki kini akan menjadi acara pembuka tirai pada hari Rabu, diikuti dengan acara wanita 10km selepas itu.

Sementara itu, kejohanan renang dunia di Singapore Sports Hub akan berlangsung dari 27 Julai hingga 3 Ogos. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here