Home Luar Negara DARURAT SUSULAN KEBANJIRAN MIGRAN

DARURAT SUSULAN KEBANJIRAN MIGRAN

113
0

CHICHAGO: Datuk bandar Chicago, lori lightfoot berkata, di bawah perintah eksekutif yang dikeluarkan pada selasa itu, beliau mempunyai kuasa untuk meminta gabenor illinois menggerakkan pengawal kebangsaan untuk menyediakan kakitangan dan sokongan logistik bagi menangani darurat di Chicago.

Chicago turut meminta kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyokong pembiayaan dan sumber tambahan yang sangat diperlukan dari segi tempat perlindungan dan penempatan semula.

Bermula dari 31 ogos 2022, Chicago mula menerima bas yang dihantar oleh negeri Texas, yang membawa individu dan keluarga dari Amerika tengah dan selatan mencari suaka di AS.

Sejak itu, kehadiran pencari suaka terus meningkat di Chicago dan kemasukan mereka sama ada menggunakan kapal terbang, bas atau berjalan kaki, kata lightfoot.

Akibat kekurangan ruang yang ada dan semua kemudahan penuh, ratusan pendatang kini berlindung sementara di balai polis, lapor Xinhua.

Sejak ogos 2022, Chicago telah menerima lebih 8,000 migran yang tiba dari Texas, dengan 48 lagi pendatang tiba pada selasa.

Sumber HMetro Online & BERNAMA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here