Home Buletin Semasa UPSI TEKANKAN BUDAYA BAIKK DALAM KALANGAN MAHASISWA BAHARU

UPSI TEKANKAN BUDAYA BAIKK DALAM KALANGAN MAHASISWA BAHARU

410
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV dan Bazli Razak

PERAK: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyeru mahasiswanya menjadikan ilmu sebagai teras utama untuk menjadi insan yang bermakna kepada masyarakat selain memperoleh segulung ijazah.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya akan terus memberi penekanan terhadap budaya Bangga, Adab, Ilmu, Keluarga dan Kreativiti (BAIKK) dalam kalangan mahasiswa.

“BAIKK UPSI bukan sekadar slogan, tetapi satu bentuk penghargaan terhadap warisan dan legasi universiti yang sudah banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

“Saya sering mengingatkan pelajar bahawa adab mendahului ilmu kerana ilmu tanpa adab boleh membawa kebinasaan, tetapi dengan adab, ilmu akan lebih berkat dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Diploma ambilan Julai 2025/2026 di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, baru-baru ini.

Jelasnya, beliau berharap mahasiswa baharu UPSI akan tampil dengan idea-idea segar dan kreatif.

“Jadilah pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga kaya dengan nilai tambah dan inovatif,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here