Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 2,600 ROKOK ELEKTRONIK BERNILAI RM520,000

PGA RAMPAS 2,600 ROKOK ELEKTRONIK BERNILAI RM520,000

278
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,600 unit rokok elektronik membabitkan nilai RM520,000 ditemui dalam sebuah kenderaan yang mencurigakan di Pengkalan Haram Tengkorak, di sini pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan ketika sepasukan Batalion 9 PGA melakukan rondaan menerusi Op Taring Wawasan pada jam 10.30 pagi.

“Namun semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang lelaki datang menuntut kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 2,600 unit rokok elektronik anggaran nilai RM520,00 berada dalam kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Semua rampasan diserahkan ke Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) Kelantan untuk disiasat di bawah Perintah 4(1), (2) dan 6 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here