Home Politik RAHMAD MEGA SERTAI AMANAH

RAHMAD MEGA SERTAI AMANAH

371
0

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau dikenali sebagai Rahmad Mega secara rasmi menyertai parti itu semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan Rahmad Mega yang disifatkannya sebagai satu suntikan semangat baru kepada gerakan politik parti itu.

“Alhamdulillah semalam, penyanyi rock tanah air Saudara Rahmad Bin Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega, secara rasmi menyertai AMANAH.

“Bang Mat mengalu-alukan penyertaan beliau sebagai satu suntikan semangat baru dalam gerakan politik kita, gerakan yang mendekati rakyat bukan hanya melalui ceramah dan forum, tetapi juga melalui seni, budaya dan suara hati nurani masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Mohamad berkata, pihaknya turut percaya seni adalah medium yang kuat untuk membina jiwa bangsa.

“Dengan kehadiran Rahmad, kita yakin suara kita akan bergema dan sampai ke hati rakyat.

“Selamat datang ke dalam keluarga besar AMANAH Saudara Rahmad. Ayuh kita terus melangkah bersama, demi Malaysia yang lebih adil, progresif dan berjiwa rahmah,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here