Home Sukan PACQUIAO TAK IKTIRAF MAYWEATHER

PACQUIAO TAK IKTIRAF MAYWEATHER

339
0

LONDON: Manny Pacquiao dengan lantang mengetepikan nama Floyd Mayweather daripada senarai enam lawan terbaik yang pernah dihadapinya dan mendakwa ikon tinju itu ‘lari’ sepanjang pertarungan mereka.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro kedua-dua legenda tinju itu pernah bersemuka pada tahun 2015, pertembungan yang dianggap antara paling bersejarah dalam dunia sukan itu di mana Mayweather muncul sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara, namun ‘PacMan’ mendakwa beliau mengalami kecederaan sebelum masuk ke gelanggang.

Sejurus selepas pertarungan ikonik itu, Pacquiao dengan tegas menyatakan bahawa lawannya itu enggan bertarung secara terbuka.

Dengan rekod profesional 62-8-2, Pacquiao yang kini berusia 46 tahun pernah memenangi 12 gelaran dunia dalam lapan kelas berat berbeza dan dianggap sebagai antara petinju terhebat sepanjang zaman.

Dalam satu temu bual bersama Fight Hub TV, legenda Filipina itu diminta menyenaraikan enam petinju terbaik yang pernah berkongsi gelanggang dengannya, namun agak mengejutkan dia tidak menyebut nama Mayweather.

“(Marco Antonio) Barrera, (Erik) Morales, (Juan Manuel) Marquez, (Oscar) De La Hoya, (Miguel) Cotto, dan (Antonio) Margarito,” katanya.

Apabila ditanya mengapa Mayweather tidak termasuk dalam senarai itu, Pacquiao menjawab: “Floyd Mayweather lari sepanjang 12 pusingan dan kemudian menang pertarungan.

“Saya rasa kasihan kepada peminat kerana pertarungan itu membosankan. Itu bukan apa yang peminat harapkan daripada kami. Jika saya seorang peminat, sudah tentu saya mahu melihat pertarungan yang sengit dan mencabar, bukan pertunjukan fesyen.”

Petinju berusia 46 tahun itu kini sedang membuat persiapan untuk kembali bertarung buat kali pertama dalam empat tahun menentang Mario Barrios bagi gelaran welterweight WBC pada 19 Julai. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here