Home Buletin Semasa KPT SALUR BANTUAN SUSULAN TRAGEDI NAHAS BAS MEMBABITKAN PELAJAR UPSI

KPT SALUR BANTUAN SUSULAN TRAGEDI NAHAS BAS MEMBABITKAN PELAJAR UPSI

546
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan bantuan dan keperluan bagi urusan pengebumian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terbabit dalam tragedi nahas bas, semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya turut memberi sokongan psikososial kepada waris keluarga yang cedera dan meninggal dunia.

“KPT menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

“Semoga mangsa dan ahli keluarga yang ditimpa musibah agar bertabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini.

“Kepada yang cedera, kita doakan semoga semuanya diberikan kesembuhan manakala kepada yang telah kembali ke rahmatullah, didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, KPT menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut memberi bantuan khairat kematian kepada waris yang meninggal dunia sebanyak RM2,000 manakala kepada mangsa cedera sebanyak RM1,000.

Selain itu, pihaknya turut mengaturkan sokongan psikososial kepada mangsa terutama yang mengalami trauma.

“Kita juga tubuhkan tabung bantuan kemalangan bagi meringankan beban ahli keluarga dan mangsa selain uruskan urusan pengebumian termasuk van jenazah,” katanya.

Tambahnya, beliau turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitivti keluarga dan membolehkan proses siasatan dilakukan.

Terdahulu, seramai 13 pelajar UPSI meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa maut di Hospital Gerik.

Kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar jam 1 pagi semalam turut membabitkan sebuah kereta jenis MPV.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here