Home Buletin Semasa EAIC SYOR JKDM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP EJEN LANGGAR PERINTAH TETAP KASTAM

EAIC SYOR JKDM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP EJEN LANGGAR PERINTAH TETAP KASTAM

326
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan agar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengimport dan ejen Kastam yang didapati melanggar Perintah Tetap Kastam

Menurut kenyataan EAIC pada Selasa, langkah itu susulan siasatan yang dijalankan berdasarkan aduan awam mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], berhubung isu berkaitan pengikraran dan pematuhan prosedur dalam urusan import.

EAIC menerima aduan terhadap JKDM kerana didakwa tidak mengambil tindakan membatalkan lesen pengimport dan ejen Kastam yang telah melanggar Perintah Tetap Kastam.

“Siasatan mendapati terdapat kelemahan dalam proses meluluskan Borang Pengikraran Kastam bagi melepaskan barang dagangan import dan terdapat pengimport serta ejen Kastam yang telah membuat pengikraran tanpa mematuhi Perintah Tetap Kastam sedia ada,”menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor penambahbaikan kepada pihak JKDM bagi meningkatkan kawalan dan pematuhan ke atas Perintah Tetap Kastam oleh pengimport dan ejen Kastam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here