Home Buletin Semasa PEMBANTU PERUBATAN DIDAKWA CURI LORI JANA KUASA

PEMBANTU PERUBATAN DIDAKWA CURI LORI JANA KUASA

433
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pembantu perubatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri lori jana kuasa bergerak di sebuah syarikat pembekal peralatan industri di sini pada 19 Julai tahun lalu.

Tertuduh, Asrul Azwan Yunus, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri lori jana kuasa bergerak jenis Nissan UD milik sebuah syarikat pembekal peralatan industri di stor simpanan lori di daerah ini antara jam 11 malam hingga 4 pagi, 19 Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan.

Ahmad Naabil menawarkan jaminan sebanyak RM10,000, bagaimanapun Nik Saiful Adli dalam hujahannya memohon pengurangan jaminan RM5,000 atas faktor tertuduh perlu menanggung seorang isteri dan anak-anak masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Julai depan.

Tertuduh kemudian membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here