Home Segmen Kesihatan JANGAN TUNGGU REBAH: STROK DATANG DENGAN AMARAN AWAL, BERTINDAK SEGERA

JANGAN TUNGGU REBAH: STROK DATANG DENGAN AMARAN AWAL, BERTINDAK SEGERA

257
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Strok bukan datang mengejut, tetapi ramai yang masih alpa dan lambat bertindak.

Kenyataan itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) susulan peningkatan kes strok dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk golongan muda.

Menurut kenyataan PHM yang dimuat naik di media sosial, gejala awal seperti kebas tangan, kabur penglihatan dan pening yang luar biasa bukanlah perkara biasa yang patut diabaikan.

Sekiranya individu pernah merasa kebas tangan, kabur mata, atau pening pelik, itu mungkin bukan penat. Itu adalah satu tanda amaran.

Tambah kenyataan itu, masyarakat seharusnya lebih peka terhadap perubahan kecil dalam badan kerana strok sering datang dengan tanda-tanda awal yang jelas namun sering dianggap remeh.

“Tak perlu tunggu rebah. Periksa tekanan darah, kawal pemakanan, hentikan rokok,” tulis PHM.

Strok boleh berlaku apabila saluran darah ke otak tersumbat atau pecah, menyebabkan sel otak mati dalam masa beberapa minit.

PHM turut berkongsi antara tanda-tanda awal strok yang tidak disangka:

  • Tangan atau kaki rasa lemah atau kebas sekejap
  • Pertuturan jadi pelik secara tiba-tiba
  • Penglihatan jadi kabur atau gelap sekejap
  • Rasa melayang atau hilang imbangan
  • Sakit kepala teruk mendadak
  • Tiba-tiba keliru

    Pengesanan awal dan tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesan jangka panjang kepada pesakit.

    PHM turut menyeru orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkala, menjaga diet seimbang, aktif secara fizikal, dan hentikan tabiat merokok.


IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here