Home Buletin Semasa DUA LELAKI DITAHAN SELUDUP LEBIH 300 HAIWAN EKSOTIK

DUA LELAKI DITAHAN SELUDUP LEBIH 300 HAIWAN EKSOTIK

361
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

SEPANG: Dua lelaki tempatan ditahan Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas cuba menyeludup lebih 300 ekor haiwan eksotik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 6.30 pagi, Rabu lalu.

AKPS dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, haiwan tersebut dipercayai dilindungi dan disorokkan dalam bagasi milik dua lelaki terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen, permit atau surat kebenaran membawa kehidupan liar berkenaan.

“Semua haiwan liar eksotik yang ditemui termasuk blue iguana, red-eared, savannah monitor, nile monitor, common spotted cuscus, black-throated monitor dan lain-lain lagi,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Selain itu, AKPS turut merampas dan menyita semua hidupan liar dengan nilai lebih kurang RM460,000.

Kedua-dua tahanan juga ditahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

“Operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu antara AKPS, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) akan terus dipergiat demi membanteras penyeludupan hidupan liar serta memastikan pemuliharaan biodiversiti negara terus terpelihara.

“Sebarang pemilikan, pemindahan, atau perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran sah merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat,” jelas AKPS.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here