Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh kerjasama dua hala dalam usaha melindungi kebajikan pekerja migran di negara ini.
Memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Perlindungan Pekerja Migran Republik Indonesia, Abdul Kadir Karding, ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini.
“Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara jiran, khususnya dalam memastikan hak dan kesejahteraan pekerja migran dilindungi, termasuk warga Indonesia yang mewakili 25.09 peratus daripada jumlah tenaga kerja asing berdaftar di Malaysia,”menurut kenyataan itu.
KDN memaklumkan, kedua-dua pihak menyatakan sokongan terhadap pelanjutan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) sehingga 30 April 2026.
Program itu memberi peluang kepada pekerja Indonesia untuk pulang ke tanah air secara teratur, selamat dan berhemah.
KDN turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan Indonesia, khususnya dalam aspek perlindungan dan pengurusan pekerja migran secara menyeluruh dan beretika demi kepentingan bersama.
IMedikel TV






