Home Buletin Semasa PEKERJA KILANG SIMBAH ASID DITAHAN REMAN 5 HARI

PEKERJA KILANG SIMBAH ASID DITAHAN REMAN 5 HARI

324
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Seorang pekerja kilang yang disyaki terbabit dalam kes simbah asid pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok Sabtu lalu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek yang bekerja di kilang getah itu ditahan di hadapan kilang getah pada jam 4 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis sudah mengenal pasti tiga suspek, termasuk dua wanita dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan seorang pengusaha spa terpaksa menjalani pembedahan selepas disimbah asid dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu di sebuah spa di Beris Kubur Besar, Tawang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here