Home Buletin Semasa 71 SEKOLAH DI KL DAN SELANGOR LAKSANA PDPR SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN...

71 SEKOLAH DI KL DAN SELANGOR LAKSANA PDPR SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 26 hingga 28 Mei 2025 sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Menurut kenyataan media KPM, keputusan ini diambil selepas mengambil kira faktor penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang sidang kemuncak tersebut.

Langkah tersebut bertujuan memastikan proses pembelajaran murid di sekolah yang terlibat tidak terjejas.

“KPM memberi kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan kebajikan warga sekolah,” menurut kenyataan itu.

Ibu bapa, penjaga, murid serta guru dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan PdPR sepanjang tempoh tersebut.

KPM turut menyatakan keyakinan bahawa pengalaman melaksanakan PdPR ketika pandemik COVID-19 dan dalam situasi bencana sebelum ini mampu membantu kelancaran pelaksanaan PdPR kali ini, tanpa menjejaskan kesejahteraan murid dan guru.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here