Home Sukan FINAL LIGA EUROPA CUMA MASALAH KECIL – AMORIM

FINAL LIGA EUROPA CUMA MASALAH KECIL – AMORIM

210
0

MANCHESTER: Manchester United mempunyai perkara lebih penting untuk difikirkan berbanding final Liga Europa, kata pengendalinya Ruben Amorim selepas tewas 2-0 di tangan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, ia adalah pencapaian terburuk United dalam liga tertinggi Inggeris sejak mereka tersingkir pada tahun 1974.

“Semua pasti memikirkan tentang banyak perkara. Semua orang memikirkan tentang final (Liga Europa). Final bukan isunya. Kami ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan.

“Saya bercakap tentang diri saya dan budaya di kelab ini serta dalam pasukan. Kami perlu mengubahnya. Ia saat yang penting dalam sejarah kelab,” kata Amorim selepas kekalahan di Old Trafford.

Amorim dilantik pada November menggantikan Erik ten Hag tetapi tiada peningkatan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan pasukannya kini di tangga ke-16 selepas tewas 17 kali dalam 36 perlawanan.

Pasukannya hanya mampu menewaskan dua pasukan yang berada di zon penyingkiran – Ipswich Town dan Leicester City – sejak 26 Januari dan menyamai rekod terburuk mereka dalam Liga Perdana Inggeris apabila tiada kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Sembilan kekalahan di laman sendiri turut menyamai rekod terburuk kelab dan ketika kemenangan pada final Liga Europa ke atas satu lagi pasukan bergelut di Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur akan membawa United ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, Amorim berkata ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Final adalah masalah paling kecil dalam kelab. Kami perlu mengubah sesuatu yang lebih besar daripada ini. Bermain di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara adalah sasaran utama. Kami perlu sedar hakikat itu.

“Saya tidak risau tentang final. Pemain-pemain akan tetap fokus tetapi saya tidak tahu apa yang terbaik, bermain di Liga Juara-Juara atau tidak,” katanya.

Amorim berkata kekalahan sudah menjadi rutin dalam saingan Liga Perdana Inggeris sehingga mentaliti United sebagai kelab besar kini terancam.

“Kami kehilangan perasaan sebagai sebuah kelab besar kekalahan di laman sendiri adalah perkara paling buruk.

“Jika kami tidak takut untuk tewas sebagai Manchester United dan tidak lagi mempunyai perasaan gentar itu, ia perkara paling bahaya buat sebuah kelab besar,” tambahnya. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here