KUALA LUMPUR: “Kalau muka ‘jahat’ macam saya ni, mana mungkin dapat watak hero dalam filem?,” kata pelakon watak aksi, Pablo Amirul, 40, ketika ditanya sama ada dia pernah ditawarkan watak hero dalam lakonan.
Menurut laporan Harian Metro, Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri berkata, dia juga tidak terasa hati dengan dakwaan segelintir pihak wajahnya lebih sesuai dengan watak jahat dalam lakonan.
“Saya tak terasa hati bila orang cakap muka saya lebih sesuai dengan watak jahat sebab saya dibayar dan dapat ‘good pay’ (bayaran yang bagus).
“Lain la kalau saya buat jahat kat luar sana dan kena tangkap (pihak berkuasa),” katanya.
Mengenai watak jahat, kata Pablo, dia sangat selesa dikenali dengan watak sedemikian.
“Selagi ada tawaran berlakon dan dapat rezeki yang halal, saya okay sahaja kerana semua berkat doa ibu.
“Watak jahat atau baik pun sebahagian dari bidang lakonan. Sebelum ini, saya hanya mahu lakonkan watak antagonis sahaja tetapi dalam filem mega Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dapat watak protagonis iaitu sebagai anggota tentera udara iaitu Sarjan Tuani pula sekali gus dapat seimbangkan karier lakonan,” katanya.
Berkongsi perkembangan karier lakonan, kata Pablo, dia kini terbabit dengan penggambaran filem Hong Kong berjudul Breakout Brothers 4 dengan kerjasama Skop Production.
“Ia projek filem Skop di luar negara dan memaparkah kisah kehidupan di penjara. Saya pegang watak utama sebagai penjahat dalam filem ini. Filem ini dalam bahasa kantonis dan inggeris.
“Filem lakonan saya genre aksi Harimau Merah – Konflik Bermula terbitan Multimedia Entertainment kini ditayangkan di saluran Astro First.
“Pada masa sama, saya juga ambil inisiatif untuk hadkan (kurangkan) kemunculan di pawagam kerana mahu fokus pada platform digital (filem digital),” katanya.-HMetro Online-
IMedikel TV






