Home Buletin Semasa TENGKU MAHKOTA KELANTAN DIMASYHUR PRO-CANSELOR UMK

TENGKU MAHKOTA KELANTAN DIMASYHUR PRO-CANSELOR UMK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam satu istiadat penuh adat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok sempena Konvokesyen UMK Ke-14.

Kenyataan itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Ahad.

“Watikah pemasyhuran disampaikan sendiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan institusi diraja dalam memperkukuh pendidikan tinggi negara,”menurut kenyataan itu pada Ahad.

Menurut KPT, pelantikan itu mencerminkan komitmen KPT dalam merapatkan hubungan strategik dengan institusi diraja, seterusnya menyokong pembangunan universiti melalui kepimpinan berwibawa dan berwawasan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Naib Canselor UMK, Profesor Ts. Dr. Arham Abdullah serta barisan kepimpinan universiti.

“Dengan pelantikan ini, UMK diyakini akan terus melangkah ke hadapan dalam mencorak masa depan pendidikan tinggi yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here