Home Luar Negara PEKERJA KESIHATAN UK MOGOK LAGI

PEKERJA KESIHATAN UK MOGOK LAGI

124
0

LONDON: Bagaimanapun, mogok kali ini turut membabitkan kakitangan kejururawatan yang bekerja di jabatan kecemasan, unit rawatan rapi, penjagaan kanser dan perkhidmatan lain yang sebelum ini dikecualikan, menurut RCN.

Bagaimanapun, RCN bersetuju membuat beberapa pengecualian bagi memastikan perkhidmatan penting dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) masih dapat beroperasi.

Mogok itu yang pada asalnya dirancang sehingga petang selasa, dipendekkan sehari berdasarkan keputusan mahkamah tinggi.

Pekerja ambulans juga melancarkan mogok pada isnin dan selasa di beberapa kawasan termasuk London, Yorkshire, Lancashire dan Birmingham, yang diwakili oleh kesatuan sekerja Unite, lapor Xinhua.

Pada pertengahan Mac, kerajaan UK menawarkan kenaikan gaji lima peratus bagi tahun 2023-24, dan bayaran bonus sekali gus kepada pekerja kesihatan

Ahli RCN dan unite menolak tawaran itu dan memutuskan untuk meneruskan mogok.

Setiausaha agung unite, Sharon Graham, berkata tawaran gaji itu tidak mencukupi memandangkan kadar inflasi di UK kekal dalam dua angka.

Setiausaha agung dan ketua eksekutif RCN, Pat Cullen, menggesa menteri supaya kembali ke meja rundingan rasmi kerana kakitangan kejururawatan mahu mencari penyelesaian adil yang menunjukkan kerajaan menilai dan memahami profesion mereka. 

Sumber: BH Online & BERNAMA-XINHUA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here