Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Pengurusan jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa ke Masjid Negara Kuala Lumpur, pada jam 8 pagi tadi dan akan diberi penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat Zuhur dan seterusnya diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), pelawat lelaki Islam perlu memakai Baju Kebangsaan dan bersamping hitam tanpa sebarang corak serta bersongkok hitam manakala bagi pelawat bukan Islam adalah Lounge Suit gelap.
Selain itu, bagi pelawat wanita Islam pula, mesti berpakaian baju kurung atau kebaya labuh berwarna gelap dengan selendang atau tudung putih manakala bagi pelawat bukan islam, mereka perlu memakai pakaian sopan berwarna gelap dan berselendang putih.
Namun begitu, sekiranya kesemua pelawat ingin memakai pakaian lain yang bersesuaian, juga dibolehkan.
Kesemua bangunan pada jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara perlu mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai Istiadat Pengebumian.
IMedikel TV






