Home Buletin Semasa KPM SEDIAKAN DUA LENCANA JALUR GEMILANG PERCUMA KEPADA MURID

KPM SEDIAKAN DUA LENCANA JALUR GEMILANG PERCUMA KEPADA MURID

164
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua murid di bawah institusi kelolaannya akan memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah berkuatkuasa 21 April depan secara beringkat.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia.

“Ia turut bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” jelas kenyataan itu.

KPM juga menyediakan garis panduan dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here