Home Buletin Semasa CUBAAN SELUDUP HAMPIR 40,000 BIJI KELAPA TUMPAS

CUBAAN SELUDUP HAMPIR 40,000 BIJI KELAPA TUMPAS

185
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan menyeludup sebanyak 38,580 biji kelapa di pangkalan haram Sekam Padi, di sini pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan Batalion 7 selepas pihaknya menahan sebuah treler menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati 38,580 biji kelapa ditemui di dalam treler untuk diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.

“PGA turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadi pemandu untuk menghantar kelapa tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah RM1.03 juta termasuk kenderaan terbabit.

Kes tersebut disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

“Suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk disiasat.

“PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here