Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Empat lelaki warganegara Myanmar ditahan di Jambatan Ular menghala Simpang Tiga Neting, di sini, pada Khamis.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata Batalion 7 Pasukan Gerakan AM (PGA) menjalani Op Taring Wawasan sebelum menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7.35 petang.
“Penahanan kereta tersebut berjaya menumpaskan kegiatan haram disyaki cuba menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) masuk ke Malaysia melalui jalan haram.
“Namun pemandu melarikan diri setelah kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki warganegara Myanmar bangsa Rohingya berumur 12 hingga 16 tahun itu berada dalam kereta tersebut,”katanya.
Semua penumpang ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






