Home Sukan BARCA BELASAH REAL SOCIEDAD UNTUK KEMBALI KE TAKHTA LA LIGA

BARCA BELASAH REAL SOCIEDAD UNTUK KEMBALI KE TAKHTA LA LIGA

BARCELONA: Barcelona menang selesa 4-0 ke atas Real Sociedad yang beraksi dengan 10 pemain untuk kembali ke puncak La Liga, awal pagi tadi.

Kad merah awal diterima Aritz Elustondo memberikan kelebihan kepada pasukan kendalian Hansi Flick apabila Gerard Martin, Marc Casado, Ronald Araujo dan Robert Lewandowski masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Atletico Madrid menewaskan Athletic Bilbao pada Sabtu untuk sementara waktu merampas kedudukan teratas daripada Barcelona, sementara Real Madrid yang berada di tempat ketiga, tewas di tangan Real Betis.

Flick dapat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama bagi memberi rehat kepada pemain sebelum perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Benfica pada awal pagi Khamis, namun pasukannya tetap melonjak satu mata di atas Atletico.

“Terdapat banyak perkara yang membantu kami hari ini termasuk kad merah diterima lawan, tetapi ia turut membabitkan cara kami bermain. Kami mendominasi selepas kad merah itu,” kata Flick kepada wartawan.

Jurulatih dari Jerman itu sebelum perlawanan menegaskan Barcelona akan berjuang untuk memenangi semua tiga kejohanan utama yang mereka sertai dan dia mengulangi perkara sama selepas kemenangan itu.

“Hari ini kami gembira dengan tiga mata ini, tetapi masih ada perjalanan panjang dalam La Liga, Copa del Rey, dan Liga Juara-Juara Eropah,” katanya.

“Kami akan berjuang untuk setiap trofi dan ketika kami memulakan musim ini, tiada siapa yang menjangkakan keadaan ini.

“Kami berada dalam situasi apabila kami boleh bersaing merebut kejuaraan dan itulah yang kami mahukan sehingga penghujung musim.”

Real Sociedad yang berada di tangga kesembilan liga memberikan ancaman di awal perlawanan, tetapi terperangkap dalam perangkap ofsaid Barcelona menyebabkan jaringan Sergio Gomez dibatalkan.

Perlawanan mula memihak kepada Barcelona apabila Elustondo dilayangkan kad merah pada minit ke-17 selepas menarik Dani Olmo yang sedang berlari menuju ke gawang gol.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan selepas 25 minit apabila Olmo melambungkan bola ke tengah yang membolehkan Martin meledak gol pertama dalam kariernya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here