KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin cuba menceriakan sepupunya, Sky Taizo Okumura dengan menyediakan juadah sahur seperti mana yang selalu disediakan ibunya, Allahyarham Akiko Okumura yang meninggal dunia Jumaat lalu.
Dalam video yang dimuat naik di Instagramnya, Zarina menyediakan makanan Jepun, sushi untuk Sky serta buah-buahan untuk sahur.
“Selamat pagi Sky. Saya tak tahu macam mana mak awak buat. Tapi saya sempat beli sushi,” katanya.
Akiko atau nama Islamnya Nur Aishah Abdullah popular di platform media sosial suaminya, Ridz Okumura kerana sering menyediakan juadah Ramadan terutamanya untuk bersahur dengan hiasan unik.
Sepanjang Ramadan tahun lalu, kandungan juadah sahur masakannya antara kandungan yang sentiasa dinantikan pengikut keluarga mereka di media sosial. – HMetro Online –
IMedikel TV






