Home Sukan FROOME CEDERA DI JELAJAH UAE

FROOME CEDERA DI JELAJAH UAE

174
0

PARIS: Juara empat kali Tour de France, Chris Froome, mengalami patah selangka selepas terjatuh dalam siri Jelajah UAE menurut pengumuman pasukan pelumba veteran British itu.

“Imbasan CT mengesahkan terdapat patah pada selangka kanan. Chris akan diperiksa oleh pakar ortopedik untuk menentukan sama ada pembedahan diperlukan untuk memulihkan kembali,” katanya, dalam satu kenyataan.

Froome cedera selepas terbabit dalam kemalangan besar dalam 10 kilometer pertama peringkat terakhir semalam.

Pada usia 39 tahun, Froome kemungkinan besar sedang bersaing dalam musim terakhir karier cemerlangnya sekali gus menghasilkan empat kemenangan Tour de France, dua kemenangan Vuelta a Espana dan satu kemenangan Giro d’Italia.

Dia juga adalah pemenang pingat gangsa Olimpik dalam acara ujian masa pada tahun 2012 dan 2016. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here