Home Buletin Semasa PGA RAMPAS KAYU BALAK BERNILAI LEBIH RM10 JUTA

PGA RAMPAS KAYU BALAK BERNILAI LEBIH RM10 JUTA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA TERENGGANU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu balak dan kayu yang diproses secara haram dalam satu serbuan di kilang kayu tidak bernombor di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, di sini, pada 12.30 tengah hari, semalam.

Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM10.85 juta termasuk kilang berkenaan yang juga disita.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menerusi Op Bersepadu Khazanah mendapati kilang tersebut menyalahgunakan lesen dari Jabatan Perhutanan dengan mendapat bekalan kayu tanpa permit dan tidak bercukai di sekitar daerah Besut.

“PGA mendapati sebanyak 9,000 batang kayu pelbagai saiz dan spesies serta hampir 10,000 keping kayu yang sudah diproses dan beberapa mesin jentera memproses kayu ditemui dalam kilang tersebut.

“Pemilik kilang dan lima pekerja tempatan dipercayai menjual kayu tersebut ke pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 dan suspek serta barang diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

PGA komited mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan memproses kayu secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here