Home Buletin Semasa PGA, JAS RAMPAS SISA ELEKTRONIK BERNILAI RM72,000

PGA, JAS RAMPAS SISA ELEKTRONIK BERNILAI RM72,000

165
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA TERENGGANU: Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Terengganu merampas sisa elektronik (E-Waste) semasa melakukan pemeriksaan ke atas dua buah kilang pelupusan barang terpakai secara berasingan di kawasan perindustrian Chendering, di sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan rampasan itu dilakukan pasukan Batalion (BN) 9 dari jam 1.30 tengahari hingga 2.30 petang dalam Op Hazard dan turut menahan dua lelaki masing-masing berumur 49 dan 54 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa tong dan guni mengandungi bateri terpakai ditemui dalam premis tersebut tanpa dokumen yang sah dari JAS.

“Dua suspek yang menjadi penjaga kepada kilang terbabit ditahan bagi membantu siasatan. Anggaran nilai rampasan bernilai RM 72,000 dan kes disiasat dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2025,”menurut kenyataan itu.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Chendering untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada JAS Kuala Terengganu.

PGA dan JAS akan terus mempergiatkan usaha melupuskan E-Waste dengan kaedah yang betul agar kualiti alam sekitar tidak tercemar dari bahan yang berbahaya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here