Home Buletin Semasa KPM KOMITED PERKUKUH PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS

KPM KOMITED PERKUKUH PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS

159
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian saranan tegas untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah.

Menurut kenyataan KPM, saranan itu adalah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan KPM yang turut memberi tumpuan kepada aspek memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai salah satu hala tuju utama pendidikan negara.

“Bagi memacu pengukuhan Bahasa Inggeris, KPM sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk pengstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan. Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid.

“Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan dengan penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka akan memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru khususnya dari aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.

Fokus KPM bagi memperkasakan Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT). Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang optimum di dalam pelantar DELIMA juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

KPM menzahirkan penghargaan atas keprihatian Perdana Menteri terhadap isu-isu yang terkait dengan pendidikan dan akan terus berusaha keras untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here