Home Luar Negara 4 MAUT DALAM SAMBUTAN HARI JADI ‘SWEET 16’

4 MAUT DALAM SAMBUTAN HARI JADI ‘SWEET 16’

119
0

DADEVILLE : Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala 28 yang lain cedera dalam kejadian tembakan ketika sambutan hari jadi ‘Sweet16’ di sebuah studio tarian di Dadeville, Alabama.

Menurut polis negeri, sebahagian mangsa cedera parah dalam tembakan yang berlaku di Alabama, kira-kira 100 kilometer di timur laut ibu negeri Montgomery.

Setakat ini, motif disebalik insiden tembakan itu.masih belum diketahui

Pihak berkuasa berkata, tembakan bermula sejurus selepas jam 10:30 malam waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Pegawai berkata, setakat ini tiada lagi ancaman kepada masyarakat namun tidak memaklumkan sama ada suspek sudah dibunuh atau ditahan.

Menurut Penguatkuasaan Undang-undang Alabama, Jeremy Burkett, dalam berdepan insiden itu pihaknya akan terus bekerja dengan cara yang sangat teratur dengan melihat fakta dan memastikan keluarga mangsa mendapat keadilan.

Laporan daripada Akhbar Montgomery Advertiser menyatakan, seorang daripada empat mangsa yang terbunuh dalam keganasan itu adalah pemain bola sepak Amerika yang menghadiri majlis hari jadi ‘Sweet 16’ adiknya apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan.

Akhbar itu mengenal pasti mangsa sebagai Phil Dowdell yang akan menamatkan pengajian dalam beberapa minggu dan merancang untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Jacksonville dengan biasiswa bola sepak Amerika. Bagaimanapun, maklumat itu masih belum disahkan dan ketiga-ketiga mangsa lain belum dikenal pasti.

Sumber: BH Online & Reuters

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here