Home Hiburan HAZAMA, GENERVIE KINI TAK BERENGGANG

HAZAMA, GENERVIE KINI TAK BERENGGANG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazama, 41, lebih menghargai masa bersama isteri yang juga pengarah muzik, Genervie Kam, 45, selepas mengalami serangan jantung ringan, beberapa bulan lalu.

Hazama berkata, isterinya mengalami degupan jantung laju, lalu mereka ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Doktor klinik merujuk isteri ke hospital, tapi Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius.

“Jantung isteri tiada tersumbat, cuma kolesterol sedikit tinggi dan degupan jantung agak agresif.

“Sebenarnya, isteri tidak cukup rehat kerana sibuk menghasilkan susunan lagu untuk beberapa penyanyi.

“Bila masuk usia 40 tahun, banyak benda nak kena jaga. Selain itu, kesihatan mental juga penting, mungkin tekanan kerja boleh menjadi salah satu punca,” kongsi Hazama ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert By Ajai & Megat Friends, baru-baru ini.

Kata Hazama, isterinya mula menjaga pemakanan dan memastikan dapat tidur dan rehat mencukupi.

“Genervie kini turut melakukan senaman. Alhamdulillah, sekarang semua sudah okay, cuma kena amalkan gaya hidup sihat,

“Walaupun serangan jantung ringan, saya memang risau keadaan isteri.

“Saya boleh patah kaki kalau isteri tiada. Jadi, sekarang saya banyak meluangkan masa bersama.

“Sebelum ini, saya banyak masa di studio, tapi sekarang kami sentiasa bersama,” katanya.

Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here