Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Bagi mengukuhkan lagi bidang pemasaran produk kesihatan dan farmaseutikal, IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) sentiasa meneroka peluang kerjasama dengan agensi-agensi lain.
Ketua Pegawai Eksekutif IMPHB, Azman Abdul Jalil berkata, bagi meneroka bidang tersebut pihak IMPHB bekerjasama dengan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas) mengadakan perbincangan strategik bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang perniagaan dan penjenamaan rangkaian farmasi.
“Kita sudah berbincang dengan banyak agensi sebelum ini dan kali ini kita bersama dengan Kobanas.
“Perbincangan ini sudah tentu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi kolaborasi dalam bidang pemasaran produk kesihatan dan farmaseutikal,”katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Pengerusi Kobanas, Hamzah Ibrahim berkata perbincangan awal itu dapat memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu penjenamaan dan kepelbagaian serta kesinambungan bekalan produk kesihatan dan ubat-ubatan.
“Harapan saya adalah dalam jangka masa panjang dapat menimba pengalaman bersama pihak IMPHB.
“Seperti yang kita sedia maklum, IMPHB mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang farmasi.
“Perbincangan ini adalah langkah permulaan bagi kedua pihak untuk bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang,”katanya.
IMedikel TV






